Kenyataan berbaur perkauman kes lama

Iklan

IPOH - Polis mengesahkan kenyataan berbaur perkauman yang tular di media sosial pada Selasa adalah kes lama.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, semakan mendapati laporan polis diterima pada 12 Ogos 2019 mengenai isu sama dan pemilik akaun terlibat telah disabitkan kesalahan.

Iklan
Iklan

"Polis mengesan satu isu tular melalui akaun Facebook dengan memetik kenyataan menyentuh sensitiviti perkauman oleh seorang pengguna Facebook hingga menarik perhatian masyarakat.

"Untuk makluman, kes tersebut telah pun selesai dan individu yang bertanggungjawab terhadap kenyataan itu telah dituduh bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Iklan

Menurut Yahaya, lelaki terbabit telah dikenakan denda RM1,000 dan RM5,000 serta tiga hari penjara di Mahkamah Majistret dan Sesyen Ipoh.

Beliau bagaimanapun mengingatkan orang ramai untuk tidak menularkan sebarang berita kitar semula yang boleh mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Iklan

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan isu-isu sensitif sehingga mendatangkan khianat awam," katanya.