PELABUHAN KLANG - Sebuah kontena berisi barangan tiruan di Pelabuhan Utara, diserbu Jabatan Penguasa Kastam Diraja Malaysia Zon Unit Siasatan Pelabuhan Utara Selangor, di sini hari ini.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Azizan Abdullah berkata, serbuan dibuat kira-kira jam 10 pagi sebelum pihak Kastam menyerahkan barang itu kepada pihaknya.
Iklan
Iklan
Menurutnya, rampasan melibatkan 983 pasang kasut berjenama disyaki tiruan dianggar bernilai RM49,150.
"Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barang yang baginya suatu perihal dagangan palsu digunakan seolah-olah barang-barang itu tertakluk kepada apa-apa hak yang berhubungan dengan cap dagangan berdaftar," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Tambahnya, siasatan masih dijalankan bagi mengesan pemilik dan individu yang terlibat.
Katanya, jika sabit salah, syarikat boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu. Manakala bagi individu, denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu.
Artikel Berkaitan