'Saya terima apa saja keputusan'

Iklan
Ramakrishnan pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kerjaya UTM, di sini, hari ini.

JOHOR BAHRU - Exco Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Dr Ramakrishnan Suppiah menerima apa juga keputusan kerajaan negeri berhubung rombakan barisan exco tidak lama lagi.

Malah beliau akui bersedia sekiranya digugurkan atau ditukar ke portfolio lain.

Iklan
Iklan

"Itu kena tanya menteri besar (Dr Sahruddin Jamal) tapi saya ada juga dengar. Mungkin bukan perubahan besar.

"Kalau saya terlibat mesti kena terimalah. Digugur atau ditukar ke jawatan lain saya tetap kena terima tapi saya tak tahu," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kerjaya Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, hari ini.

Iklan

Portal berita Malaysiakini sebelum ini mendedahkan beberapa nama yang bakal digugurkan dalam pentadbiran baharu itu termasuk Exco Kerjaraya, Infrastruktur dan Pengangkutan, Mazlan Bujang dan Exco Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi, Tan Hong Pin.

Sebelum ini, Dr Sahruddin mengesahkan bakal berlaku perubahan barisan kepimpinan kerajaan negeri di bawah pentadbirannya.

Iklan

Sementara itu, lebih 4,160 peluang pekerjaan dan latihan industri pelbagai bidang menanti siswazah dan lepasan ijazah sempena Karnival Kerjaya 2019 di UTM.

Lebih 70 syarikat menyertai pameran kali kelima ini dan 20 daripadanya menawarkan temubual secara langsung.