Rusuhan di Peru ragut 28 nyawa setakat ini

Iklan
Saudara-mara mereka yang meninggal dunia semasa peristiwa pergolakan di Peru berkumpul untuk menghormati orang tersayang dan meminta peletakan jawatan presiden semasa Dina Boluarte, di Ayacucho, Peru. - Foto: EPA
MOSCOW - Gelombang rusuhan yang melanda Peru sudah meragut 28 nyawa sejak minggu lepas, menurut Pejabat Ombudsman pada Selasa.

Selain itu, 661 orang termasuk 371 orang awam dan 290 pegawai polis cedera.

Bantahan terhadap kerajaan sementara mula tercetus di seluruh Peru berikutan pemecatan dan penyingkiran bekas presiden Pedro Castillo pada 7 Disember.

Perdana Menteri, Dina Boluarte mengangkat sumpah sebagai presiden baharu dua jam selepas Castillo disingkirkan.

Boluarte kemudian mencadangkan pilihan raya presiden diadakan pada 2024 namun, beliau tidak menolak kemungkinan pemilihan akan diadakan lebih awal iaitu pada Disember 2023. - Bernama