Taiwan lanjut tempoh perkhidmatan ketenteraan mandatori

Iklan
Ing-wen ketika membuat pengumuman itu pada Selasa. - Foto AFP

TAIPEI - Taiwan pada Selasa mengumumkan pelanjutan tempoh perkhidmatan ketenteraan mandatori daripada empat bulan kepada setahun susulan tindakan provokatif China yang semakin meningkat.

"Intimidasi dan ancaman Beijing semakin ketara. Tiada siapa mahu peperangan berlaku. Tetapi, keamanan tidak akan jatuh dari langit,” kata Presiden Tsai Ing-wen.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tempoh perkhidmatan selama empat bulan tidak mencukupi untuk menghadapi situasi yang pantas dan sentiasa berubah.

Pengumuman mengejut itu dibuat sehari selepas Beijing didakwa melancarkan kempen ‘pencerobohan’ terbesar dengan mengerahkan lebih 70 pesawat ketika melancarkan latihan ketenteraan di perairan Taipei. - AFP

Iklan
Iklan