Akta Kerja, isu jenama halal Malaysia merosot jadi tumpuan

Iklan
V Sivakumar. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Kerajaan telah mengumumkan penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang sebelum ini ditangguhkan, akan dilaksanakan pada 1 Januari 2023 kepada semua sektor swasta.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, walaupun terdapat permintaan daripada pihak industri untuk memanjangkan tempoh penangguhan, namun terdapat juga keperluan untuk menguatkuasakan akta berkenaan.

Iklan
Iklan

Ada juga antara mereka yang menyatakan bahawa sekiranya akta tersebut dilaksanakan, ia menyebabkan majikan akan kurang mengambil pekerja wanita memandangkan cuti bersalin ditambah kepada 98 hari.

Penasihat Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA), Datuk Ameer Ali Mydin mencadangkan agar akta itu dijalankan secara berperingkat, sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan pertama tahun hadapan.

Iklan

Jelasnya, kerajaan harus turun berbincang dengan pemegang taruh terlebih dahulu dan memantau perkembangan sebelum membuat keputusan untuk melaksanakan pindaan berkenaan secara total.

Selain itu, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan kuat kuasa Perintah Gaji Minimum (PGM) bagi majikan yang menggajikan kurang lima pekerja ditangguhkan kepada 1 Julai 2023.

Iklan

Sivakumar berkata, keputusan itu dibuat setelah kerajaan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan yang dijangka menghadapi cabaran ekonomi serta kewangan pada 2023.

Sebelum ini PGM 2022 telah berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.

Bagi majikan yang menggajikan kurang dari lima orang pekerja pula, mereka diberi pengecualian, dan pelaksanaan PGM 2022 sebanyak RM1,500 sebulan berkuat kuasa 1 Januari 2023.

Turut mendapat perhatian, Setiausaha Agung Majlis Ekonomi Halal dan Keusahawanan Ummah Malaysia (MEH) menyatakan bahawa keyakinan terhadap jenama sektor halal Malaysia semakin menurun ekoran beberapa isu integriti membabitkan industri tersebut di dalam negara.

Jelas beliau, antara isu besar mencalarkan imej industri halal negara adalah beberapa pendedahan mengenai status daging halal import yang diragui.

Dakwanya, kerajaan dilihat masih belum menangani perkara tersebut secara menyeluruh bagi membolehkan keyakinan bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga antarabangsa dapat dipulihkan.