Presiden Kelab Media Pahang meninggal dunia

Iklan
Jenazah Allahyarham Nik Naizi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, Jalan Haji Ahmad Kuantan pada jam 7 pagi.

KUANTAN - Presiden Kelab Media Pahang, Datuk Nik Naizi Husin meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada jam 11.40 malam Selasa.

Allahyarham Nik Naizi, 63, telah dimasukkan ke Coronary Care Unit (CCU), Jabatan Kardiologi HTAA, pada Ahad selepas mengalami sakit dada.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Allahyarham terpaksa ditidurkan disebabkan keadaannya yang semakin kritikal selepas dikatakan mendatangkan serangan jantung kali pertama pada 2 Disember lalu.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, Jalan Haji Ahmad Kuantan pada jam 7.19 pagi.

Iklan

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai wartawan akhbar The Star pada 1April 1982 dan telah bersara wajib pada September 2019.

Selepas itu, Allahyarham menyambung kontraknya sebagai wartawan di akhbar yang sama sehingga Mac 2020.

Iklan