Chelsea kembali ke landasan kemenangan

Iklan
Havertz meledak gol pendahuluan Chelsea. - Foto Agensi

CHELSEA kembali ke landasan kemenangan apabila menewaskan Bournemouth 2-0 di Stamford Bridge, kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris sejak pertengahan Oktober.

Kai Havertz dan Mason Mount kedua-duanya menjaringkan gol pada separuh masa pertama dalam persembahan dominan tuan rumah.

Iklan
Iklan

Pada perlawanan itu Chelsea dilihat mampu menang dengan margin lebih besar berdasarkan penguasaan dan peluang dicipta The Blues.

Chelsea menamatkan rentetan lima perlawanan liga tanpa kemenangan, naik satu tempat dalam kedudukan liga ke tangga kelapan.

Iklan

Bournemouth pula kini tewas dari empat daripada lima perlawanan liga terakhir dan kekal di tempat ke-14 dengan 16 mata.

KEPUTUSAN EPL

Iklan

Chelsea 2-0 Bournemouth

Manchester United 3-0 Nottingham Forest