Harimau Malaya janji bangkit

Iklan
Wilkin diasak oleh pemain Vietnam pada aksi perlawanan Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional My Dinh. - Foto Bernama

HARIMAU Malaya berjanji akan melakukan kebangkitan sekali gus melakar kemenangan ketika aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF menentang Singapura pada 3 Januari depan.

Pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin berkata, kekalahan 0-3 kepada Vietnam di Hanoi akan menjadi pengajaran berguna kepada semua pemain memberikan aksi lebih baik ketika menentang Singapura untuk layak ke peringkat separuh akhir.

Iklan
Iklan

"Bagi saya, ia satu perlawanan yang berikan pengajaran kepada kami. Kami perlu belajar daripada perlawanan ini menjelang perlawanan terakhir kumpulan menentang Singapura.

Skuad negara wajib menang ke atas Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil 3 Januari depan sekiranya mahu layak ke peringkat separuh akhir.

Iklan

Mengulas mengenai perlawanan menentang Vietnam itu, Wilkin percaya pemain Harimau Malaya sudah memberi yang terbaik dalam perlawanan berintensiti tinggi itu.

"Tahniah kepada Vietnam. Sudah tentu mereka salah sebuah pasukan yang bagus dalam kejohanan ini.

Iklan

"Ia tidak mudah buat kami apabila datang ke sini (Hanoi). Tetapi, saya bangga dengan semua rakan sepasukan kerana mereka telah berikan persembahan yang bagus.

"Vietnam mengambil peluang mereka dengan baik dan sayangnya kami gagal menyudahkan peluang yang ada," katanya.