Lazada Malaysia terima tiga anugerah

Iklan
Lazada Malaysia telah memenangi Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia – Edisi Malaysia di HR Asia Awards 2022.

LAZADA Malaysia terus mengorak kecemerlangan apabila menerima tiga anugerah sumber manusia menerusi HR Asia Awards 2022 dan GRADUAN Brand Awards 2022, baru-baru ini.

Lazada Malaysia dalam satu kenyataan berkata, Lazada Malaysia telah memenangi Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia – Edisi Malaysia di HR Asia Awards 2022.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, Lazada Malaysia juga memenangi hadiah utama Majikan Pilihan Malaysia dalam Kategori Industri Peruncitan / eDagang dan naib johan Majikan Pilihan Malaysia dalam Kategori Keseluruhan di GRADUAN Brand Awards 2022.

"Anugerah ini telah mengiktiraf usaha Lazada Malaysia yang memfokuskan kepada pembangunan organisasi dan modal insan dengan memaparkan daya keterlibatan yang tinggi dalam kalangan pekerja serta kecemerlangan budaya tempat kerja.

Iklan

"Anugerah ini membuktikan komitmen berterusan Lazada ke arah pelaburan yang mampu memupuk dan mempertingkatkan kemahiran bakat tempatan serta membangunkan kepelbagaian himpunan bakat untuk pertumbuhan bersepadu ekosistem digital di negara ini,” jelas kenyataan itu.

Lazada Malaysia merangkul dua anugerah di GRADUAN Brand Awards 2022.

Ketua Pegawai Sumber Manusia Lazada Malaysia, Azian Ahmad berkata, Lazada berbesar hati diiktiraf sebagai Majikan Pilihan dan Tempat Kerja Terbaik oleh organisasi dan penerbitan berprestij seperti GRADUAN dan HR Asia.

Iklan

"Pekerja kami yang dikenali sebagai Lazadian merupakan tulang belakang kewujudan kami di Malaysia. Mereka adalah daya pemacu yang merangsang pertumbuhan organisasi, kejayaan perniagaan dan titik capai perkembangan memberangsangkan sepanjang 10 tahun yang lalu,” katanya.

Beliau berkata, Lazada Malaysia akan terus melabur ke arah membangunkan modal insan dan memperkembangkan himpunan bakat kerana percaya bahawa mereka mampu merealisasikan tujuan, impak dan inspirasi Lazada.

Azian berkata, inisiatif pembangunan modal insan yang dilaksanakan oleh Lazada termasuklah untuk mengenal pasti dan memperkasakan bakat dan pemimpin yang ‘sedia-masa-hadapan’ khususnya mereka yang mampu menambah nilai kepada pertumbuhan karier masing-masing dan juga komuniti setempat.

"Program ‘Forward Leaders’ Lazada telah direka untuk menarik lebih ramai bakat dari pelbagai latar belakang dan untuk mencipta kepelbagaian serta keterangkuman di seluruh organisasi.

"Program tersebut turut dibentuk bagi memupuk semangat keusahawanan berteraskan kemahiran digital yang kukuh, serta menyokong peningkatan kemahiran yang berterusan sekaligus memperkasakan pekerja untuk terus cemerlang demi mencapai potensi maksimum mereka,” kata Azian.

Menurutnnya, pada tahun 2022, Lazada Foundation telah ditubuhkan untuk memperkasakan golongan belia dan wanita untuk merentasi masa hadapan digital, merapatkan jurang digital jantina dan memartabatkan komuniti dengan mewujudkan impak yang positif.

Maklumat lanjut boleh didapati di sini https://group.lazada.com/en/foundation/.