KOTA BHARU - Empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau bertindak menyamun sebuah stesen minyak sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM20,000 dalam kejadian di Taman Uda, Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.
Rompakan berlaku pada jam 2 pagi ketika seorang pekerja lelaki berusia 20-an sedang menjaga kaunter di stesen minyak berkenaan.