Dua beranak ditahan disyaki pukul pengetua

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa

IPOH - Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam kejadian pukul pengetua sebuah maahad tahfiz di Kampung Sri Kinta di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, dua beranak berusia 30 dan 70 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

"Suspek berusia 70 tahun telah diberi jaminan polis manakala suspek kedua direman selama sehari.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Iklan

Sinar Harian pada Selasa melaporkan seorang pendakwah terkenal yang juga pengetua sebuah maahad tahfiz mengalami kecederaan selepas dipukul dalam kejadian pada petang Ahad.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas mangsa bertemu dengan waris seorang remaja yang dipercayai telah menceroboh masuk ke dalam maahad tahfiz berkenaan.

Iklan

Tahfiz tersebut telah diceroboh oleh beberapa orang luar untuk bermain bola pada petang Ahad dan difahamkan pencerobohan tersebut bukanlah kali pertama.