Banjir di Kelantan pulih

Iklan
Anggota APM membersihkan dan menjemur khemah yang digunakan oleh mangsa banjir di PPS.
KOTA BHARU - Kesemua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini yang menempatkan mangsa banjir ditutup sepenuhnya pada Rabu.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri memaklumkan, PPS terakhir Pusat Tarbiah Nasrullah Pohon Buluh, Pasir Mas ditutup pada jam 5.30 petang tadi.

Selepas 12 hari beberapa jajahan di negeri ini dilanda banjir sehingga mencecah 31,000 mangsa, Pasir Mas menjadi jajahan terakhir yang menutup PPS.