Moriyasu kekal kendali Jepun, misi Piala Dunia 2026

Iklan
Hajime Moriyasu - Foto AFP

PENGENDALI Jepun, Hajime Moriyasu, yang mengetuai Samurai Biru ke peringkat kalah mati Piala Dunia 2022 di Qatar, akan kekal memimpin pasukan itu ke Piala Dunia 2026, kata Persekutuan Bola Sepak Jepun pada Rabu.

Moriyasu akan menjadi jurulatih pertama menguruskan pasukan Jepun dalam dua kejohanan Piala Dunia berturut-turut.

Iklan
Iklan

Di Qatar 2022, Jepun mengejutkan Jerman pada aksi pembukaan di Qatar, menang 2-1.

Pasukan itu yang tewas 0-1 kepada Costa Rica bagaimanapun menewaskan Sepanyol 2-1 untuk menduduki tempat teratas kumpulan mereka dan mara ke peringkat 16 terakhir.

Iklan
Iklan

Jepun turut tewas kepada Croatia menerusi sepakan penalti 1-3 selepas kedua-dua terikat 1-1.