Subsidi petrol: Inilah masanya guna AI

Iklan
Inilah masa paling tepat untuk kerajaan mempraktikkan penggunaan teknologi AI yang merangkumkan kesemua pangkalan data melibatkan rakyat Malaysia.

CADANGAN kerajaan untuk menggunakan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai elemen diambil kira dalam pembayaran subsidi bersasar petrol RON95 dikecam teruk baru-baru ini.

Ada yang mendakwa menteri itu tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan media.

Iklan
Iklan

Perkembangan teknologi automotif hari ini menyaksikan harga kenderaan di bawah 1,500cc jauh lebih mahal daripada kereta tempatan yang berkapasiti cc lebih tinggi. Ia merupakan satu dilema untuk kerajaan mengambil data JPJ sebagai angkubah penilaian subsidi bersasar.

Itu baru kapasiti enjin kenderaan, bagaimana pula jika kenderaan berkapasiti 2,000cc tetapi berusia lebih 20 tahun yang dibeli pada harga RM10,000 sahaja?

Iklan

Namun harus diingat apa yang dijelaskan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub itu hanyalah salah satu elemen yang diambil kira semasa isu itu dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) yang dipengerusikan Perdana Menteri, 13 Disember lalu. Katanya, banyak lagi perincian yang masih diteliti kementerian.

Dalam mengatasi kegusaran rakyat ini, kerajaan perlu cepat selesaikan dan menggunakan pelbagai pangkalan data kerajaan termasuklah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), selain data daripada agensi zakat dan kastam.

Iklan

Begitupun, inilah masa paling tepat untuk kerajaan mempraktikkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang merangkumkan kesemua pangkalan data melibatkan rakyat Malaysia.

Penggunaan AI adalah transformasi terbaik kerajaan. Asalkan kerajaan memiliki nombor kad pengenalan atau nombor pasport individu, segalanya menjadi mudah. Pada masa sama, cadangan ini dapat mengurangkan kos operasi termasuk tidak perlu meletakkan begitu ramai penguat kuasa di lapangan seperti kebiasaan.

Penggunaan manusia secara langsung dapat dikurangkan. Secara tidak langsung kaedah ini mampu mengurangkan ketirisan di lapangan dan kawalan secara autopilot boleh dilaksanakan.

Idea sudah ada, cuma bila mahu laksanakan buatlah tender terbuka bagi melantik vendor bersesuaian. Cukup-cukuplah alasan"ini data keselamatan, kerajaan perlu beri tawaran terus”.

Jika itu masih berlaku, masalah sama akan berulang, harga akan melambung. Akhirnya ibarat tutup sana, sini terbuka. Sama saja.