Chelsea sedia 'lamar' Fernandez

Iklan
Fernandez beraksi cemerlang bersama Argentina ketika saingan Piala Dunia Qatar 2022. Foto Agensi

CHELSEA sedia membayar 'wang besar' bernilai £105 (RM559.7 juta) untuk 'melamar' bintang Piala Dunia, Enzo Fernandez pada jendela perpindahan Januari ini.

Pemain tengah Benfica itu menyinar ketika membantu Argentina menjuarai Piala Dunia Qatar dan memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik Kejohanan selepas menewaskan Perancis menerusi penentuan penalti pada final.

Iklan
Iklan

Liverpool dan Manchester United turut berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 21 tahun itu.

Bagaimanapun The Blues mengambil langkah awal apabila memaklumkan kepada kelab gergasi Portugal itu yang mereka mahu menyempurnakan perpindahan Fernandez.

Iklan

Kontrak Fernandez dijadualkan berakhir pada tahun 2027 dengan Benfica dilihat keberatan untuk melepaskan bintangnya itu.

Bagaimanapun dalam perbincangan antara presiden kelab, Rui Costa dan ejen pemain Jorge Mendes, mereka diberitahu yang jumlah pampasan tidak menjadi masalah.

Iklan

Ia akan menjadi yuran perpindahan tertinggi dalam sejarah Chelsea mengatasi jumlah £97.5 juta (RM510.2 juta) yang dibayar untuk penyerang Belgium, Romelu Lukaku pada 2021.

Chelsea dilihat terdesak mendapatkan khidmat Fernandez dengan pesaing Liga Perdana Inggeris (EPL), United dan Liverpool yang difahamkan mahu menunggu sehingga jendela perpindahan musim panas untuk membuat bidaan.

Fernandez menjaringkan gol pertamanya buat Argentina ketika mencatat kemenangan 2-0 ke atas Mexico di peringkat kumpulan.

Dia menjadi pemain kedua paling muda menjaringkan gol untuk negaranya di Piala Dunia selepas Lionel Messi.