Perlis mohon RM30 juta daripada kerajaan untuk bina kilang padi
Iklan
Gambar hiasan
KANGAR - Kerajaan Negeri Perlis telah memohon peruntukan RM30 juta daripada kerajaan Pusat untuk mendirikan kilang memproses benih padi berkualiti.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Nurulhisham Yaakob berkata dengan adanya kilang itu, petani Perlis tidak perlu lagi bergantung pada benih dari negeri lain bagi menampung keperluan mereka.
Iklan
Iklan
"Kilang ini jika menjadi kenyataan boleh menghasilkan 700,000 kampit benih (20 kilogram sekampit) setahun dan boleh dijual,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Kassim (Bebas-Tambun Tulang) yang ingin tahu usaha yang dijalankan untuk menghasilkan benih padi di Perlis dalam Sidang DUN Perlis hari ini.
Nurulhisham berkata permohonan itu dibuat oleh beliau dan pegawai Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) semasa menemui Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, baru-baru ini.
Iklan
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Pembangunan Usahawan dan Industri Kecil dan Sederhana Azizan Sulaiman berkata kerajaan negeri berusaha menambah baik aktiviti perniagaan dan ekonomi yang semakin merosot di Kangar dengan menjenamakan semula Kangar sebagai Kangar Maya melalui Rancangan Struktur Negeri (RSN) 2030.
Katanya bawah RSN, banyak inisiatif akan dilaksanakan seperti menarik pelaburan kewangan swasta, membangunkan kemudahan infrastruktur pintar dan melestarikan amalan pembangunan teknologi hijau.
Iklan
Beliau menjawab soalan Gan Ay Ling (PH-Indera Kayangan) yang ingin tahu perancangan kerajaan negeri untuk menambah baik aktiviti perniagaan dan kegiatan ekonomi dalam persekitaran yang semakin merosot di Kangar.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia, Rozieana Ahmad berkata limpahan industri pendidikan menyumbang 0.68 peratus atau RM23.51 juta kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Perlis pada 2015 berdasarkan Laporan Sosio Ekonomi Perlis yang dikeluarkan pada 2017.
Sektor itu memberi kesan signifikan terhadap sektor ekonomi lain seperti peruncitan, pengangkutan dan telekomunikasi, katanya menjawab soalan Asrul Nizan Abdul Jalil (PH-Sena) yang ingin tahu mengenai unjuran hasil diperoleh kerajaan negeri dengan meningkatkan industri pendidikan. - Bernama
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam