IPOH - Buat pertama kalinya Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Negeri Perak dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang.
ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang merupakan wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) dipilih secara sebulat suara di dalam DUN setelah Usul Melantik Keanggotaan Ahli Jawatankuasa PAC dikemukakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PH-Sungai Rapat) sebelum diluluskan.