Asing kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya jadi keutamaan

Iklan
Azalina

SHAH ALAM - Menteri Undang-Undang & Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said mengulangi jaminan memastikan pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya menjadi langkah utama reformasi undang-undang negara.

Menurutnya, perlaksanaan itu penting demi ketelusan dalam proses keadilan.

Iklan
Iklan

"Pemisahan Pendakwa Raya dan Peguam Negara adalah penting untuk ketelusan selain memastikan sebarang pendakwaan adalah berdasarkan keterangan yang mencukupi dan tiada pendakwaan terpilih.

"Ini adalah antara langkah-langkah utama dalam Reformasi Undang-undang di negara kita," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Khamis.

Iklan

Ciapan tersebut sebagai reaksi terhadap ulasan Prof Madya Dr Muzaffar Shah Mallow dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menyambut baik langkah pengasingan kuasa dilakukan Azalina, disiarkan media tempatan.

Sebelum ini media laporkan Azalina memulakan langkah pertama dalam usaha melakukan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya apabila satu pertemuan dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang diketuai Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh telah diadakan awal bulan ini bagi berbincang perkara itu.

Iklan