JM 2022 sasar 5,000 peminat motosikal sempena tahun baharu

Iklan
Johor Motorshow 2022 (JM 2022) akan dianjurkan di Tapak Pakir A, Stadium Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di sini pada Jumaat dan Sabtu ini.

PASIR GUDANG - Johor Motorshow 2022 (JM 2022) akan dianjurkan di Tapak Pakir A, Stadium Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di sini pada Jumaat dan Sabtu ini.

Timbalan Ketua Sekretariat JM 2022 Hydier Hamid berkata, program selama dua hari itu menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Timbalan Setiausaha JM 2022 memberitahu, program itu diadakan sempena sambutan kedatangan tahun baharu 2023 yang akan menghimpunkan peminat motosikal dari seluruh negara.

"Tujuannya juga bagi mengeratkan silaturahim dan berkongsi idea hobi dunia permotoran.

Iklan

"Penganjuran JM 2022 ini turut mendapat kerjasama Tourism Malaysia dan Kelab Permotoran Gold Wing Malaysia (GWM)," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti akan diadakan antaranya pertandingan skuter 250 CC ke atas, 'superbike' antik, 'superbike easy rider' dan motosikal antik 'easy rider' yang boleh disertai dengan yuran serendah RM70.

Iklan

Menariknya kata Hydier, peserta yang menyertai pertandingan dan program itu berpeluang menerima t-shirt, 'goodies bag' dan cabutan bertuah berupa sebuah motosikal jenis Yamaha 125.

Menurut Hydier, bagi pertandingan motosikal penganjur turut menyediakan hadiah wang tunai dan piala dari tempat pertama sehingga ke lima.

Katanya, peminat motosikal dari seluruh negara dijemput hadir bagi memeriahkan program dan menyasarkan lebih 5,000 penyertaan daripada pelbagai jenis motosikal.

"Kita mengharapkan program ini mendapat sambutan dari peminat motosikal seluruh negara dan berhasrat menjadikanya sebagai penganjuran terbesar bagi tahun ini," katanya.