Jepun hapus 7.3 juta ayam akibat wabak selesema burung

Iklan
Jepun menghapuskan jutaan ayam akibat selesema burung. - AFP

MOSCOW - Sekurang-kurangnya 7.3 juta ekor ayam telah dihapuskan di Jepun sejak awal Oktober lalu di tengah-tengah penularan wabak selesema burung, lapor Sputnik.

Menurut pakar, risiko jangkitan dilaporkan kekal tinggi sehingga musim bunga.

Iklan
Iklan

Katanya, jika kadar jangkitan berterusan, wabak semasa akan menyaksikan lebih banyak ayam ini bakal dihapuskan berbanding tahun 2020 hingga 2021.

Jelasnya, burung penghijrah telah kembali ke Jepun lebih awal berbanding tahun sebelumnya dan jangkitan wabak ini bergerak lebih pantas ke seluruh wilayah.

Iklan

Wabak ini turut menyebabkan harga ayam dan telur semakin meningkat di tengah-tengah inflasi dan peningkatan harga produk makanan.

Kes pertama selesema burung di Jepun dikesan pada Oktober dengan 53 wabak didaftarkan di 18 wilayah.

Iklan

Justeru, pihak berkuasa dilaporkan mengenakan larangan pengangkutan ayam dan telur dalam lingkungan jarak 3 kilometer (km) di sekitar kawasan 'panas' serta melarang eksport ayam dan telur pada jarak 10 km. - Agensi