Penduduk Ismail Ariffin, 60, menjala ikan di pantai yang terdapat chalet dalam pembinaan runtuh akibat hakisan ketika fenomena air pasang di Pantai Telaga Papan, Setiu, hari ini.
Penduduk yang tinggal di kebanyakan kawasan di pesisir pantai di negeri ini bimbang dengan ancaman hakisan pada musim tengkujuh yang berlaku dari Oktober hingga Februari.
Lebih 30 kawasan pesisir pantai dikenal pasti berisiko dengan ancaman tersebut berikutan ombak besar boleh mencapai ketinggian lebih empat meter. - Foto Bernama