KEPALA BATAS - Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah mengarahkan Taman Tema Air Bertam Resort & Water Park di Kepala Batas di sini ditutup sejak semalam kerana beroperasi tanpa lesen.
MBSP dalam kenyataan memaklumkan, taman tema yang baru dibuka pada 15 Disember lepas itu telah dikeluarkan notis supaya pihak pengurusan menghentikan aktiviti hiburan taman tema air di bawah Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1998.
"Menerusi pemeriksaan dan semakan yang dijalankan Jabatan Pelesenan MBSP pada jam 1.30 tengah hari, 16 Disember lepas mendapati premis tersebut telah melakukan kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen dari MBSP dan kompaun dikeluarkan serta satu notis mengkehendaki perniagaan dihentikan juga dikeluarkan dalam tempoh tujuh hari kepada pemilik dan ia diterima oleh wakil pemilik.
"Enam hari kemudian, satu lagi pemeriksaan dijalankan dan hasil semakan mendapati premis beroperasi tanpa lesen hiburan bagi aktiviti taman tema air yang satu notis kesalahan bagi menghentikan aktiviti hiburan taman tema air di bawah Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1998 telah dikeluarkan bagi tempoh tiga hari kepada pemilik," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan pemeriksaan pada jam 4.30 petang Selasa mendapati pemilik masih menjalankan aktiviti hiburan taman tema air dan menyebabkan tindakan penutupan sekali lagi diambil pada jam 9.40 pagi semalam.
Sementara itu, tinjuan Bernama mendapati jalan masuk ke taman tema air tersebut ditutup dan ia dijaga oleh pegawal keselamatan yang memaklumkan tempat tersebut ditutup kepada orang ramai untuk sementara waktu.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya menyerahkan kepada MBSP untuk menjalankan siasatan lanjut.
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 58 saat pengunjung berkumpul di hadapan pintu masuk taman tema itu dan turut kelihatan beberapa penguat kuasa MBSP sedang menampal notis penutupan di premis berkenaan.
Taman tema yang bernilai kira-kira RM90 juta itu mulai beroperasi pertengahan bulan ini atas tanah seluas lebih lapan hektar milik The Maritime Water Front Suites Sdn Bhd.
Sebelum ini, projek terbabit dilaporkan tertangguh sejak lebih tiga tahun lepas akibat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan termasuk Covid-19. - Bernama