'Saya belum jumpa buah pinggang sesuai'
Iklan
Nur Syarfa Alia sedang menjalani rawatan dialisis yang perlu dilakukan sebanyak tiga kali seminggu.
SUNGAI PETANI - Seorang wanita masih gagal menemui penderma organ yang sesuai bagi menggantikan buah pinggang yang rosak sejak disahkan sakit lebih 10 tahun lalu.
Nur Syarfa Alia Zulkifli, 26, dari Bukit Selambau berkata, disebabkan itu, dia terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu di mana setiap kali rawatan mengambil masa selama empat jam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, doktor terlebih dahulu mengesahkannya menghidap penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) pada usia 14 tahun dan setahun lepas itu disahkan mengalami kegagalan buah pinggang serta tekanan darah tinggi.
Nur Syarfa Alia perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu di mana setiap kali rawatan mengambil masa selama empat jam.
"Akibat bergantung harap sepenuhnya kepada ubat, buah pinggang rosak selain mudah letih, sakit kepala, sering keguguran rambut, kulit mengelupas, tidak boleh buat kerja berat dan dinasihatkan agar tidak hamil," katanya.
Iklan
Menurutnya, cadangan pemindahan organ akibat buah pinggang kronik sehingga kini masih tidak dapat dilakukan memandangkan belum menemui buah pinggang yang sesuai.
Setakat ini, suami Nur Syarfa Alia, Adib Nazrul Abdul Aziz, 29, hanya mengambil upah bekerja kampung kerana menemani isteri berulang alik ke hospital.
Iklan
"Dulu dia bekerja, tetapi disebabkan banyak ambil cuti, terpaksa memilih kerja lain yang lebih fleksibel," katanya.
Nur Syarfa Alia merupakan penerima bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah berjumlah RM300 sebulan yang digunakan untuk pembelian ubat-ubatan dan kos ulang-alik ke hospital.
Mana-mana individu yang ingin menderma buah pinggang boleh menghubungi talian 017-5671095 atau memberikan sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank Nur Syarfa Alia bernombor 152108200710.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam