Pelayan maut bungkusan atas kereta meletup

Iklan
Kesan kerosakan pada kereta milik pelayan yang maut dalam letupan di Jalan Pandan Indah, malam Khamis.

AMPANG - Seorang pelayan maut selepas sebuah bungkusan ditinggalkan di atas bonet keretanya di hadapan sebuah kedai makan meletup di Jalan Pandan Indah, di sini pada malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.55 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa, 28, merupakan lelaki warga tempatan dikatakan memegang bungkusan berkenaan sebelum meletup.

"Letupan itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Katanya, mangsa kemudian dibawa orang awam ke Hospital Ampang namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.45 malam.

"Siasatan di tempat kejadian juga menemui beberapa kesan akibat letupan iaitu kesan kemik pada kereta mangsa.

Iklan

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.