Siasat segera kes kebocoran maklumat pengguna - KKD

Iklan
Laporan Sinar Harian pada 14 November lalu.

SHAH ALAM - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) meminta siasatan segera dilakukan berhubung dakwaan kebocoran data pengguna Maybank, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro).

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, dua agensi iaitu CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) akan dipertanggungjawabkan untuk melakukan siasatan tersebut.

Iklan
Iklan

"Ini satu dakwaan yang serius, melibatkan jumlah data yang banyak.

"Saya akan minta CSM dan JPDP siasat, apakah benar berlaku kebocoran data melibatkan pihak-pihak berkenaan, serta mengambil tindakan berdasarkan undang-undang," jelasnya di laman Twitter.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan terdapat hampir 13 juta maklumat pengguna Maybank, SPR serta Astro telah bocor.