Liverpool terpaksa tunggu aksi sulung Gakpo

Iklan
Gakpo - Foto FB Liverpool FC

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp gembira dengan kejayaan pasukan untuk mendapatkan Cody Gakpo tetapi sedar penyerang itu mungkin terpaksa menunggu terlebih dahulu sebelum membuat penampilan sulungnya.

The Reds memuktamadkan perpindahan yang dilaporkan bernilai sekitar £37 juta (RM196 juta) untuk pemain antarabangsa Belanda itu pada jendela perpindahan Januari.

Iklan
Iklan

"Mungkin ada peluang untuknya beraksi ketika menentang Brentford tetapi saya rasa agak tipis.

"Kami tidak akan tergesa-gesa, jadi dia mungkin akan bersedia untuk perlawanan menentang Wolves (aksi Piala FA)," katanya.

Iklan

Gakpo yang juga bekas pemain PSV Eindhoven menampilkan persembahan cemerlang pada aksi Piala Dunia di Qatar apabila menjaringkan tiga gol untuk Belanda.

Malah, untuk penampilan di kelab pula, sejak permulaan musim 2021-22 tiada pemain yang mencatatkan lebih banyak penglibatan gol dalam Liga Belanda daripada 46 yang dilakukan Gakpo (21 gol, 25 bantuan gol).

Iklan

"Dia pemain yang sangat bagus, jadi pakej itu sangat menarik.

"Potensi yang dia ada dan kualiti yang telah ditunjukkan di Belanda dan dengan pasukan kebangsaan juga, menjadikannya pemain yang sangat menarik dan itulah sebabnya kami sangat berminat untuk mendapatkannya.

"Saya sangat gembira kerana kami dapat melakukannya. Dia gembira menyertai kami, ia adalah hari yang hebat," katanya.