Sabah berpotensi penyumbang besar bekalan makanan negara

Iklan
Foong Hin mengadakan kunjungan hormat ke atas Dr Jeffrey di Wisma Pertanian Sabah, pada Khamis.

SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) percaya Sabah berpotensi sebagai penyumbang besar dalam memastikan bekalan makanan negara terus terjamin.

Perkara itu dibincangkan melalui kunjungan hormat Timbalan MAFS, Chan Foong Hin ke atas Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Pertanian Sabah, Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan di Wisma Pertanian Sabah, pada Khamis.

Iklan
Iklan

Foong Hin berkata, kementerian akan membantu kerajaan Sabah untuk memenuhi potensi itu.

"Sabah adalah bumi bertuah yang dikurniakan tanah subur serta kawasan perairan luas menjadikan wilayah ini sebagai salah satu penggerak penting dalam menampung bekalan dalam negara.

Iklan

Beliau mengharapkan Kementerian Pertanian dan Perikanan, jabatan serta agensi berkaitan pertanian di Sabah bakal bergerak seiringan dengan MAFS bagi menjayakan aspirasi tersebut.

Kunjungan hormat itu disertai oleh Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah, Hadriyani Ahmad, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan dan Agensi MAFS.

Iklan