GEORGETOWN - Tindakan seorang wanita warga asing yang bergurau kononnya membawa bom dalam begnya membawa padah apabila dia ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di Bayan Lepas, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, wanita berusia 33 tahun itu ditahan pada 4.30 petang selepas dia bergurau dengan menyebut ada bom ketika pemeriksaan barang dalam begnya di kaunter daftar masuk LTAPP.