Ronaldo sertai Al Nassr

Iklan
Ronaldo bakal menerima RM943 juta setahun di Al Nassr.

CRISTIANO Ronaldo menamatkan spekulasi mengenai masa depannya apabila menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr dengan kontrak sehingga 2025.

Kapten Portugal itu merupakan ejen bebas selepas kontraknya bersama Manchester United ditamatkan bulan lalu dan dijangka menerima gaji £177 juta (RM943 juta) setahun apabila menyertai Al Nassr.

Iklan
Iklan

Ia sekali gus menjadikan pemain berusia 37 tahun itu sebagai atlet dengan bayaran gaji termahal di dunia.

"Saya bertuah kerana telah memenangi segala-galanya yang diimpikan untuk menang dalam bola sepak Eropah dan merasakan sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk berkongsi pengalaman di sini," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Al Nassr dalam satu kenyataan menyifatkan pemeteraian itu sebagai satu sejarah dalam pembikinan.

"Perjanjian ini bukan sahaja memberi inspirasi kepada kelab untuk mencapai kejayaan lebih besar, tetapi turut mencetus inspirasi kepada liga dan generasi akan datang. Selamat datang @Cristiano ke rumah baharu anda," katanya.

Iklan