Bukan persembahan terbaik Liverpool

Iklan
Klopp - Foto AFP

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui gembira dengan kejayaan memungut tiga mata selepas menundukkan Leicester City 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield pada Sabtu.

Namun, pengendali kelahiran Jerman itu menegaskan persembahan yang dipamerkan oleh pemain bukan persembahan terbaik seperti diharapkannya.

Iklan
Iklan

"Jelas sekali keputusannya sangat menggembirakan tetapi kami melihat kepada keseluruhan perlawanan dan ia bukan persembahan terbaik kami.

"Kami melepaskan gol mudah dan bermula dengan sesuatu yang kami tidak mahu ia berlaku. Kemudian dua gol sendiri oleh pihak lawan memberikan kami kelebihan seterusnya pada separuh masa kedua kami bertambah bagus," katanya.

Iklan

Dalam perlawanan itu, Kieman Dewsbury-Hall membuka tirai jaringan buat Leicester City pada minit keempat sebelum dua gol sendiri daripada pertahanan pasukan itu, Wout Faes (m-38 dan m-45) memberikan kemenangan kepada Liverpool.

Biarpun beberapa pemain menunjukkan persembahan di bawah tahap sebenar, namun Klopp tetap memuji impak yang dipamerkan pemain pertahanannya, Trent Alexander-Arnold.

Iklan

Menurut Klopp, pemain kelahiran England itu tampil cemerlang menyekat ancaman yang dihadirkan oleh pemain sayap Leicesterm Harvey Barnes.

"Kami mempunyai beberapa perlawanan dengan persembahan yang baik. Tetapi, hari ini majoriti pemain tidak berada pada apa yang saya inginkan.

"Namun, kami berjaya mendapat tiga mata dan ia sangat penting untuk kami merapatkan kedudukan dalam saingan liga," katanya.