SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri terjejas turun kepada 681 orang setakat jam 6 pagi Sabtu.
Berdasarkan laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah tersebut melibatkan 120 keluarga di tiga negeri iaitu Sabah, Kuala Lumpur dan Terengganu berbanding 121 keluarga pada sebelumnya.