'Tolak ancaman perpaduan, perpecahan politik yang merugikan'

Iklan
Wan Rosdy

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang merangka pelbagai perancangan pembangunan, bantuan dan inisiatif bagi mendepani tahun baharu, 2023.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, segala ikhtiar awal itu untuk mendepani tahun mendatang dengan penuh bersedia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, 2023 pasti akan ada cabarannya kerana setiap tahun baharu akan membawa bersama cabaran baharu yang menuntut sikap dan tindakan lebih positif.

"Secara peribadi, saya tidak mempunyai banyak sasaran melainkan cuba sedaya upaya meletakkan Pahang pada kedudukan yang lebih baik termasuk makmur ekonomi dan kehidupan masyarakatnya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Wan Rosdy berkata, 2022 yang bakal berlalu bukan satu tempoh yang mudah dan tenang kerana pelbagai cabaran terpaksa dilalui dalam tempoh itu termasuk pasca Covid-19 dan bencana.

"Tahun 2022 turut menyaksikan satu proses peralihan kuasa dan kerajaan yang tidak sunyi dari polemik serta kontroversi namun, semua itu dapat kita harungi dengan baik.

Iklan

"Jika diimbas, saya sejujurnya gembira kerana banyak kejayaan dicapai negeri ini termasuk rekod hasil negeri tertinggi melebihi RM1 bilion, kemasukan pelaburan RM20.5 bilion dan berjaya mengurangkan hutang negeri sehingga berbaki RM900 juta," ujarnya.

Justeru katanya, berikan yang terbaik untuk Pahang sepanjang tahun 2023, tolak segala cubaan yang membawa kekeruhan baik dari segi ancaman perpaduan mahupun perpecahan politik yang merugikan.

"Saya doakan semoga ALLAH SWT melimpahkan Pahang dengan segala keberkatan dan kebaikan, insya-ALLAH," katanya.