Pesawah di Pantai Timur terima Bantuan Khas Bernas

Iklan
Mohamad sabu

SHAH ALAM - Sebanyak RM10 juta Bantuan Khas PadiBeras Nasional Berhad (Bernas) bagi 2022, diumumkan akan disalurkan kepada pesawah secara berperingkat.

Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, pada peringkat awal, ia bakal diagihkan di tiga buah negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, pesawah di negeri tersebut menerima bantuan itu selewat-lewatnya pada 16 Januari depan.

"Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dan agensi di bawahnya sedang memuktamadkan senarai nama dan nombor akaun pesawah di ketiga-tiga negeri bagi memastikan proses penyaluran berjalan lancar.

Iklan

"Seramai 20,598 pesawah akan menerima manfaat daripada sumbangan Bernas ini berjumlah RM250 bagi setiap pesawah,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini, satu persetujuan telah dicapai antara Bernas dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memperuntukkan sebanyak RM60 juta kepada pesawah di seluruh negara.

Iklan

Keputusan tersebut dibuat sebagai inisiatif untuk menjaga kepentingan dan pesawah miskin di negara ini.