PBB terima nasihat ICJ isu penjajahan Israel di Palestin

Iklan
PBB menerima pakai resolusi yang meminta ICJ memberi khidmat nasihat dari segi undang-undang mengenai akibat pendudukan Israel di wilayah Palestin.

NEW YORK - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat menerima pakai resolusi yang meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberi khidmat nasihat dari segi undang-undang mengenai akibat pendudukan Israel di wilayah Palestin, lapor Agensi Anadolu.

Seramai 87 negara anggota mengundi menyokong resolusi itu, 26 negara termasuk Israel dan Amerika Syarikat menentangnya manakala 53 negara berkecuali.

Iklan
Iklan

Resolusi itu meminta mahkamah yang berpangkalan di Hague, juga dikenali sebagai Mahkamah Dunia untuk memberikan pendapatnya dari segi undang-undang ''tentang akibat daripada pencabulan berterusan Israel di wilayah Palestin sejak 1967, termasuk langkah-langkah yang bertujuan mengubah komposisi demografi.''

Duta Israel ke PBB, Gilad Erdan mengecam resolusi itu dan berkata, ia adalah 'keputusan yang keji'' dan 'memalukan PBB dan mana-mana negara yang menyokongnya.''

Iklan

Duta Besar Palestin Riyad Mansour berkata: ''Undi ini dibuat sehari selepas kerajaan baharu Israel berikrar untuk mempercepatkan dasar penjajah dan perkauman terhadap rakyat Palestin.'' - Bernama

Iklan