PEP Guardiola tidak merancang untuk kekal mengendalikan Manchester City untuk tempoh masa yang lama.
Menurutnya, jika dia merasakan kelab itu semakin 'rosak', maka dia akan membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak atau melepaskan jawatannya itu.
Iklan
Iklan
"Kontrak hanya atas kertas. Saya menyambung kontrak kerana saya rasa kami masih boleh bermain dengan baik. Tetapi akhirnya ia bergantung kepada keputusan. Jika sudah bosan antara satu sama lain, saya akan menamatkan kontrak ini," katanya.
Guardiola sudah menandatangani lanjutan kontrak dua tahun bersama City pada Oktober lalu yang akan memastikannya kekal di kelab itu sehingga 2025.
Jika Guardiola terus membimbing sehingga 2025, ia akan menyaksikan pengendali kelahiran Sepanyol itu mengendalikan City untuk tempoh sembilan tahun.
Dalam pada itu, Guardiola yakin City masih mampu mengejar Arsenal sekali gus mencipta hatrik menjuarai Liga Perdana Inggeris.
"Ia agak rumit. Apabila anda menang banyak, lebih mudah untuk mengendalikan situasi. Tetapi di sisi lain situasinya pasukan perlu lakukan sekali lagi (menang kejuaraan)," katanya.