Dakwaan kebocoran data tidak benar - Maybank

Iklan
Maybank mengesahkan dakwaan mengenai kebocoran data pelanggan yang dikatakan oleh pihak ketiga adalah tidak benar. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Malayan Banking Bhd (Maybank) mengesahkan dakwaan mengenai kebocoran data pelanggan yang dikatakan oleh pihak ketiga adalah tidak benar.

Dalam kenyataan pada Sabtu, bank itu memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa data mereka kekal selamat dan tiada data pelanggan yang terjejas.

Iklan
Iklan

"Maybank akan terus memberi keutamaan kepada keselamatan siber dan langkah-langkah perlindungan datanya kerana perlindungan data pelanggan amat penting kepada bank,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, siasatan telah dijalankan oleh pihak bank.

Iklan

Menurut satu catatan di Facebook, sebuah laman web telah menyenaraikan butiran 3.5 juta pelanggan Astro, 1.8 juta pelanggan Maybank dan 7.2 juta pengundi pada jam 7.56 malam pada 25 Disember.

Maklumat bocor itu didakwa melibatkan ID log masuk, nama penuh, tarikh lahir, alamat dan nombor kad pengenalan. - Bernama

Iklan