Nooryana bidas Permata jadi Genius

Iklan
Paparan skrin kenyataan dimuat naik Nooryana Najwa di laman Instagram, miliknya.

KUALA LUMPUR - Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa membidas tindakan Kementerian Pendidikan menukar nama Program Permata Negara (Permata) kepada Genius.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Nooryana Najwa berkata, penukaran nama itu tidak mencerminkan intipati sebenar program tersebut.

Iklan
Iklan

"Permata membayangkan tentang kepercayaan bahawa setiap kanak-kanak adalah sangat berharga dan setiap mereka mempunyai peluang untuk mengembangkan potensi mereka," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penjelasan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengenai Program Permata dijenamakan semula dengan diberi nama baharu, Genius.

Iklan

Keputusan itu dibuat selepas Kabinet bersetuju untuk menjadikan program itu lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi namun fungsi dan peranannya sama.

Dalam pada itu, Nooryana berkata, perkataan Genius telah menghina pihak berkepentingan kerana Permata bukan sahaja melibatkan kanak-kanak yang mempunyai kelebihan tetapi juga dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran menerusi Permata Kurnia serta remaja yang tercicir menerusi Perkasa Remaja.

Iklan

"Sangat mengecewakan apabila inisiatif ini memberikan tumpuan untuk pelaburan masa depan negara dalam sumber tenaga manusia telah dipolitikkan.

"Di Universiti Harvard, setiap hari saya melihat rakan-rakan yang berjuang untuk program pengembangan awal kanak-kanak menerusi program khas dan kanak-kanak istimewa yang memberi tumpuan kepada golongan rakyat berpendapatan rendah," ujarnya.

Jelas Nooryana Najwa, di Malaysia, Permata menyediakan peluang ini di bawah satu platform yang kukuh dan mereka yang mendakwa program ini tidak berjaya adalah tidak benar.

"Terdapat banyak kisah-kisah kejayaan yang menyaksikan kanak-kanak telah berkembang menerusi sokongan dan persekitaran yang betul," katanya.