Kerjasama Proton-Geely, ini harapan Tun M

Iklan
Tun Mahathir

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerjasama antara Proton Holdings Bhd dan Zhejiang Geely Holdings Group (Proton-Geely) akan mengeluarkan kereta Malaysia sebenar pada masa depan.

Sejak menjalin kerjasama dengan Geely, Proton telah mencatat kemajuan termasuk pelancaran kenderaan utiliti sukan pertamanya, X70.

Iklan
Iklan

"Pastinya kereta ini bukan direka bentuk dan dibina oleh Proton secara menyeluruh tetapi untuk mempercepatkannya berada di jalan, anda perlu lakukan ini untuk menjimatkan masa,” katanya selepas pelancaran empat varian model kereta itu di sini, malam ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata Proton perlu terus berkembang maju dan turut serta dalam membangunkan model baharu. - Bernama