MITI pastikan perdagangan kekal positif pada 2023

Iklan
Tengku Zafrul

KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memastikan perdagangan kekal sebagai pemacu utama kepada pertumbuhan Malaysia pada 2023.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, walaupun berdepan dengan persekitaran ekonomi yang dijangka mencabar, MITI juga turut memberi fokus kepada memulihkan keyakinan pelabur dan meningkatkan pelaburan langsung asing.

Iklan
Iklan

"Ini terutamanya dalam rantaian bekalan Malaysia khususnya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS," katanya.

Menerusi video ringkas ucapan Tahun Baharu 2023 pada Sabtu, Tengku Zafrul juga mengajak rakyat Malaysia membulatkan tekad, bersama-sama berusaha sehabis baik demi Malaysia tercinta.

Iklan

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera, saya Tengku Zafrul serta warga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2023," katanya. - Bernama

Iklan