Kolaborasi KTMB rancakkan Tahun Melawat Ipoh 2023

Iklan
Saarani (dua dari kanan) melancarkan Tahun Melawat Ipoh 2023 di Ipoh.

IPOH - Kolaborasi bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka dapat merancakkan sektor pelancongan menerusi Tahun Melawat Ipoh 2023.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kepelbagaian pilihan makanan menjadi salah satu daya penarik pelancong untuk berkunjung ke bandar raya Ipoh.

Iklan
Iklan

Menurutnya, faktor kepadatan kenderaan di jalan raya perlu dilihat bagi memudahkan pelancong mengunjungi pusat bandar itu.

"Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Bahrain dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa perlu buat sesuatu berbincang dengan KTMB yang menyediakan perkhidmatan tren elektrik (ETS).

Iklan

"Tempoh perjalanan yang singkat ETS dari Kuala Lumpur mahupun Pulau Pinang memudahkan pengunjung untuk menikmati makanan kesukaan di Ipoh.

"Kolaborasi ini dilihat dapat mempromosikan makanan kepada pengunjung luar sekali gus menambah pendapatan pemandu e-hailing," katanya.

Iklan

Beliau berucap pada pelancaran Tahun Melawat Ipoh 2023 dan program Starvendors Foodtival X #travelperaklah 2022 di pekarangan Stadium Indera Mulia di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee dan Ketua Pegawai Eksekutif StarVendors, Ifa Raziah.

Saarani berkata, sektor pelancongan negeri terutama di Ipoh sudah menampakkan pemulihan yang sangat signifikan.

"Bandar Ipoh telah dipilih sebagai ‘antara 18 lokasi underrated oleh CNN travel list’. Ia bermaksud Ipoh diakui sebagai antara lokasi percutian hebat tetapi kurang mendapat pengiktirafan sewajarnya.

"Saya melihat inisiatif kita untuk menjadikan 2023 sebagai Tahun Melawat Ipoh sebagai langkah yang sangat tepat untuk kita tonjolkan lagi kekuatan dan kehebatan Ipoh sebagai antara lokasi percutian yang mesti dilawati," katanya.

Sementara itu, Saarani berkata, penganjuran Starvendors Foodtival X #travelperaklah selama tiga hari berjaya menarik lebih 350,000 pengunjung.

"Transaksi jualan melebihi RM680,000 berjaya diperolehi pada hari pertama program ini dilaksanakan.

"Ini gambaran baik kepada usahawan-usahawan kecil dan sederhana berdepan dengan suasana ekonomi mencabar pada fasa pemulihan pandemik ini," katanya.