[VIDEO] Jakel Shah Alam terbakar, musnah 80 peratus

Iklan
Bomba sedang giat menjalankan kerja-kerja pemadaman di Wisma Jakel tiga tingkat di Seksyen 7 di sini pada pagi Ahad.

SHAH ALAM - Wisma Jakel tiga tingkat di Seksyen 7 di sini, musnah dalam kebakaran pada pagi Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.19 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebanyak tujuh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dari Shah Alam, Kota Anggerik, Subang, Kota Raja, Damansara, Sungai Pinang dan Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.

"Seramai 38 pegawai dan anggota dari tujuh BBP kemudiannya ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Norazam berkata, kebakaran 80 peratus itu melibatkan bahagian dalaman satu lot kedai tiga tingkat berkenaan.

Beliau memberitahu, kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan setakat ini, namun tidak membabitkan sebarang kemalangan dan kehilangan nyawa.

Iklan

"Pada masa ini, bomba sedang berusaha mengawal api daripada timbunan kain yang terbakar," ujarnya.