'Tahun yang saya tidak akan lupakan'- Messi

Iklan
MESSI

TONGGAK sensasi Argentina, Lionel Messi menegaskan tahun 2022 sebagai tahun yang paling akan diingatinya selepas berjaya memenangi Piala Dunia pertama dalam kariernya.

Kapten Argentina itu dijadualkan kembali ke Paris Saint-Germain (PSG) pada awal minggu depan selepas diberikan cuti lanjutan susulan kemenangan di Piala Dunia.

Iklan
Iklan

Tujuh gol dan tiga bantuan gol dalam laluan Argentina mengapai trofi tersebut membolehkan Messi meraih anugerah Bola Emas selain kejuaraan Piala Dunia pada usia 35 tahun.

Dalam Instagram miliknya, Messi memuat naik beberapa gambar bersama keluarga untuk menandakan pengakhiran 12 bulan bermakna yang dilaluinya.

Iklan

"Tamat setahun yang tidak dapat saya lupakan. Impian yang selalu saya kejar akhirnya menjadi kenyataan.

"Tetapi, itu juga tidak bernilai jika bukan kerana saya memiliki keluarga yang hebat dan rakan yang sentiasa menyokong saya. Mereka ada setiap kali saya jatuh," katanya.

Iklan

Messi turut mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya di kelab lamanya, Barcelona dan di PSG.

"Saya juga mahu berterima kasih untuk semua orang yang mengikuti saya dan menyokong saya.

"Sungguh luar biasa dapat berkongsi kejayaan ini dengan anda semua. Adalah mustahil untuk sampai ke tahap ini tanpa begitu banyak galakan yang saya terima daripada semua rakyat negara saya serta dari Perancis, Barcelona dan banyak bandar dan negara lain.

"Saya harap tahun ini juga indah untuk semua orang dan saya doakan anda semua diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus gembira pada tahun 2023," katanya.