YANGON - Tentera Myanmar melanjutkan perjanjian gencatan senjata dengan kumpulan bersenjata etnik sehingga penghujung 2023, memetik kenyataan Pejabat Panglima Perkhidmatan Pertahanan pada Sabtu.
Menurut kenyataan itu, pihak tentera sebelum ini telah melanjutkan tempoh perjanjian gencatan senjata dengan kumpulan bersenjata etnik selama 21 kali dari 21 Disember 2018 hingga 31 Disember 2022, lapor Xinhua.