Covid-19: Magribi sekat kemasukan pelancong dari China

Iklan
Maghribi mengenakan larangan masuk kepada pelancong dari China mulai 3 Januari berikutan peningkatan kes Covid-19.

ANKARA - Maghribi mengenakan larangan masuk kepada pelancong dari China mulai 3 Januari berikutan peningkatan kes Covid-19, menurut kenyataan Kementerian Luar pada Sabtu.

"Pihak Berkuasa Maghribi memutuskan untuk melarang akses ke wilayah Maghribi kepada semua pengembara yang datang dari China tanpa mengira kewarganegaraan mereka,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kementerian itu.

Iklan
Iklan

Keputusan itu dibuat untuk mengelakkan gelombang penularan baharu di negara ini.

Sementara itu, Kanada mengumumkan pada Sabtu, penumpang yang datang dari China, Hong Kong dan Macao perlu menyerahkan keputusan ujian saringan Covid-19 yang negatif sebelum menaiki penerbangan ke negara itu.

Iklan

Kementerian Kesihatan Kanada menyatakan bahawa semua pengembara udara dari lokasi itu"perlu memberikan bukti keputusan ujian Covid-19 negatif kepada syarikat penerbangan sebelum menaiki pesawat dan ujian saringan itu mesti diambil tidak lebih daripada dua hari sebelum berlepas."

Keputusan itu tertakluk kepada pengembara berumur dua tahun dan ke atas berkuat kuasa 5 Januari.

Iklan

Langkah itu akan dilaksanakan selama 30 hari dan pihak berkuasa akan menilai semula apabila lebih banyak data dan bukti tersedia.

Keputusan itu dibuat selepas lonjakan kes dan"data jujukan genom epidemiologi dan virus yang terhad pada kes ini," menurut Kementerian Kesihatan.

Sebelum ini Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Itali dan Sepanyol turut akan menguatkuasakan keperluan perjalanan baharu untuk mereka yang datang dari China termasuk keputusan ujian negatif Covid-19.

China baru-baru ini mengumumkan akan mula melonggarkan langkah pencegahan pandemik dan memilih"hidup bersama Covid" selepas tiga tahun sekatan, sempadan ditutup dan kuarantin wajib. - Bernama.