Korek tanah jumpa bom perang dunia kedua

Iklan
Bom yang ditemui tidak jauh dari rumah pengadu di Kampung Batu 60, Beaufort.

BEAUFORT - Seorang lelaki yang sedang melakukan kerja mengorek tanah untuk pemasangan pencawang terjumpa bom lama dalam kejadian di Kampung Batu 60, di sini.

Bom itu ditemui pada 25 Disember lalu namun laporan polis hanya dibuat pada Sabtu selepas bimbang dengan keselamatan keluarga pengadu yang turut tinggal di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, laporan dibuat seorang lelaki berusia 48 tahun yang mengatakan telah menemui bom di kawasan berhampiran rumahnya.

"Bimbang dengan keselamatan keluarganya dan kawasan kejiranan, pengadu telah membuat laporan di balai polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Iklan
Kawalan keselamatan dilakukan oleh pasukan polis dengan pemasangan tali kuning polis di kawasan penemuan bom perang dunia kedua di Kampung Batu 60, Beaufort.

Susulan laporan itu, sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian untuk melakukan pemantauan dan tempat itu dikawal dengan pemasangan tali kuning polis.

"Hasil pemeriksaan mendapati bom berkenaan disyaki bom perang dunia kedua dan jarak lokasi bom dengan rumah pengadu sejauh kira-kira 60 meter.

Iklan

"Pasukan polis membuat kawalan sementara di lokasi berkenaan sementara menunggu unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah untuk memusnahkan bom berkenaan," katanya.