Selangor catat kutipan hasil tertinggi dalam enam tahun - MB

Iklan
Amirudin

SHAH ALAM - Ekonomi Selangor terus kekal kukuh apabila berjaya mencatatkan jumlah kutipan hasil tertinggi dalam tempoh enam tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pertumbuhan ekonomi tahun lalu terus mencatat peningkatan dan mengatasi kadar pertumbuhan nasional.

Iklan
Iklan

Menurut Menteri Besar, ia bukti kekuatan ekonomi Selangor kekal kukuh dan mampan serta pencapaian itu didorong dasar kerajaan negeri yang stabil dan mesra perniagaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Selangor sedia mendepani ketidaktentuan dan kemelesetan ekonomi dijangka berlaku pada tahun ini turut memberi prospek yang kelam kepada kita semua.

Iklan

Beliau menegaskan, kerajaan Selangor akan meneruskan dasar dan kebijaksanaan yang akan meningkatkan daya tahan ekonomi Selangor bagi menghadapi kemungkinan berkenaan.

"Usaha ke arah memastikan jaminan bekalan makanan, pendidikan, keselamatan siber dan kesihatan awam tetap menjadi perhatian kerajaan negeri pada masa yang sama,” katanya.

Iklan

Pada 28 Oktober lalu, Amirudin dilaporkan berkata, kutipan hasil negeri mencapai RM2.17 bilion mengatasi sasaran awal ditetapkan berjumlah RM2.05 bilion.