Dua lelaki Orang Asli maut dalam kemalangan

Iklan
Dua lelaki Orang Asli maut setelah motosikal yang dinaiki bertembung dengan kereta dalam kemalangan di Kilometer 18 Jalan Rasa- Bukit Beruntung, pagi Ahad.

HULU SELANGOR - Dua lelaki Orang Asli maut apabila motosikal yang dinaiki bertembung dengan kereta dalam kemalangan di Kilometer 18, Jalan Rasa-Bukit Beruntung, di sini kira-kira jam 7.15 pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kedua mangsa berumur 34 dan 35 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari Bukit Beruntung menghala ke Batang Kali.

Iklan
Iklan

Katanya, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat kedua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.

Iklan
Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.