KUALA TERENGGANU - Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman melakar sejarah tersendiri apabila menjadi rakyat Malaysia pertama menderma darah pada 2023.
Beliau mendaftar menggunakan sistem Blood Bank Information System (BBIS) tepat jam 12.05 tengah malam Ahad dan menderma darah di Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada jam 8 pagi.
"Semoga usaha kecil saya ini dapat membantu Unit Tabung Darah HSNZ meningkatkan bekalan darah bagi membantu pesakit yang memerlukan seperti kemalangan, talasemia, anemia dan wanita yang tumpah darah selepas bersalin.
"Ia juga menjadi sebahagian inisiatif saya dalam menyokong promosi dan kempen derma darah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya ia dijadikan sebagai rutin dalam kalangan rakyat negara ini,"katanya yang telah 88 kali menderma darah sejak berusia 21 tahun.
Rekod Che Adam sebagai rakyat Malaysia pertama yang menderma darah pada 2023 disahkan oleh Ketua Unit Transfusi Darah HSNZ, Dr Muhaimin Kambali berdasarkan semakan data dari sistem BBIS di seluruh negara.
Dalam pada itu, Che Adam berkata, tahap kesihatannya semakin baik dan menjadikan rutin menyumbang darah sekali dalam tempoh tiga bulan sebagai amalan.
"Walaupun sudah 88 kali menderma darah, tahap kesihatan saya kekal di tahap terbaik dengan mengamalkan pemakanan seimbang disamping senaman yang teratur," ujar beliau.