Tahun baharu 2023: Pelihara perpaduan, jauhi sengketa

Iklan
Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

SHAH ALAM - Semua pihak diminta untuk sama-sama memainkan peranan dalam memelihara perpaduan dan menjauhi persengketaan bagi membangunkan sebuah negara yang harmoni.

Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, ia selari dengan dasar teras Kerajaan Perpaduan yang mementingkan kesepaduan antara semua pihak tidak kira latar belakang fahaman agama dan politik.

Iklan
Iklan

Menurutnya, masyarakat perlu kembali untuk menghayati ilmu dan adab bagi mengembalikan kekuatan ummah.

"Melangkah ke tahun baharu 2023, saya ingin mengambil kesempatan menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama berusaha menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara.

Iklan

"Semoga resolusi tahun baharu yang disusun akan dipandu oleh ilmu dan bakal membawa ke arah lebih cemerlang selain memberi manfaat kepada orang lain," ujarnya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, masa yang dipinjamkan kepada kita saban hari adalah satu nikmat dan mesti diuruskan dengan bertanggungjawab seiring hijrah menuju kehidupan lebih baik dengan perpindahan tahun.

Iklan

"Atas dasar perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, kita semua telah bersatu dalam menzahirkan kesedihan dan berusaha memberi bantuan serta sokongan disamping mendoakan kekuatan buat semua mangsa," jelasnya.

Mohd Na'im turut mendoakan agar tahun 2023 akan mengeratkan lagi kesatuan rakyat.

"Bulatkan tekad untuk menjalankan amanah demi Malaysia yang lebih sejahtera dengan penuh keikhlasan dan ketekunan," katanya.